Rabu, 21 April 2010

ikan siakap

ikan siakap untuk dijual antara 500gram-1kg rm14.00/1kg
benih siakap untuk dijual seekor 4inci rm1.40

kolam penternakaan di gelang patah johor usahawan dipelawa menyewa kolam penternakan ikan siakap

Selasa, 20 April 2010

hormon oveprim

hormon oveprim untuk dijual rm80.00 percuma anjekshen

kuasa pemasaran tani

Nampaknya rakyat Malaysia sekarang ini dah sedar tentang kepentingan pelaburan.Ramai yang berminat untuk mengusahakan projek pertanian, perikanan atau penternakan sebab disogokkan dengan cerita pulangan yang tinggi yang bakal diperolehi. Ada juga syarikat yang menyediakan konsep pelaburan dalam bidang agro ini. Contohnya perlu keluarkan wang pelaburan dan tanpa susah payah berusaha, akhirnya dapat pulangan berlipat kali ganda dengan syarikat membeli semula hasil. Tapi ada wang pelaburan hangus begitu saja sebab hasil tidak dibeli semula oleh syarikat seperti dalam perjanjian.
Ramai yang bertanya saya kat mana nak jual hasil yang akan diusahakan atau telah diusahakan. Setiap hasil yang dikeluarkan belum dikira sebagai pendapatan selagi anda tak jual hasil yang anda keluarkan. Tidak kiralah anda jual sendiri hasil kepada pengguna akhir atau anda jual hasil kepada pemborong.
Hasil perbualan saya dengan seorang penjual Kedai Buah Bimbingan Fama, penjual hanya akan melayan pertanyaan pengusaha yang telah menjalankan projek dan bukan semua buah yang diterima. Ada buah yang tidak diterima oleh penjual sebab telah mempunyai pembekal tetap. Jadi, kalau anda bercadang untuk bercucuk tanam, pastikan anda tahu kat mana nak jual hasil.
Sebagai tips, bila ke kedai buah untuk tinjau pasaran, anda cakap kat pekedai, anda baru saja usahakan tanaman, kelak baru keluarkan hasil. Jadi adakah pekedai tersebut ingin mengambil hasil anda? Jika ya, baru anda tanam.
Saya ada juga tanya pekedai buah, samada dia ingin membeli pisang berangan yang saya tanam, tapi katanya dia telah mempunyai pembekal tetap, tetapi tetap akan terima pisang dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, selepas ini, saya dah tau kat mana nak pasarkan pisang berangan yang telah saya tanam dan saya tak boleh tanam pisang secara besar-besaran di tempat saya kerana mungkin susah nak jual pisang tersebut kelak.
Sepohon pokok kelapa boleh hasilkan berpuluh-puluh biji kelapa, tapi belum tentu semua orang boleh jual sebiji buah kelapa.